Saturday, March 22, 2014

Amali Terapi Main

Bagi memenuhi proforma kurus, kami telah diminta untuk membina satu bentuk permainan bagi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Ahmad Faiz, Mohd Zulhilmi, Noor Zaineh, dan Noor Azila telah mengambil kata sepakat untuk mencipta satu permainan yang sesuai untuk pengajaran subjek matematik.
Permainan kami diberi nama sebagai permainan Tiga Stesen. Dalam permainan ini, kami telah memperuntukkan tiga jenis permainan yang berbeza iaitu di stesen yang pertama diberi nama sebagai permainan “Teka Teki Gelas”. Dalam permainan ini, murid dikehendaki meneka kedudukan gumpalan kertas yang berada di salah satu daripada cawan yang disediakan. Permainan ini mampu menguji koordinasi mata dan daya ingatan murid.

Stesen 1 : Teka Teki Gelas

Stesen yang seterusnya iaitu stesen “Memori Kad Bernombor”. Pada stesen ini, murid diminta untuk memadankan kad nombor mengikut pasangan yang telah disediakan. Murid diminta untuk menterbalikkan kad nombor dan mencari pasangan kad tersebut. Melalui permainan ini juga, guru dapat melihat tahap ingatan dan pengetahuan murid.


Stesen 2 : Memori Kad Bernombor

Stesen yang terakhir iaitu permainan “Tembak Saya”. Pemainan ini juga menguji koordinasi mata dan tangan murid. Murid diminta menembak nombor pada papan yang disediakan. Soalan akan diberikan mengikut nombor yang ditembak.

Stesen 3 : Tembak Saya

Kesimpulannya, sebelum mencipta atau memilih sesuatu permainan guru hendaklah mengambil kira keupayaan dan kebolehan murid yang diajar. Selain mendapat keseronokan, murid juga dapat belajar pada waktu yang sama.

Lawatan UPSI Snoezelen

Terapi Snoezelen merupakan terapi yang dirancang khas untuk memberi rangsangan pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, warna, suara, muzik dan bau. Ruang terapi Snoezelen juga menyediakan suasana yang menyenangkan dan menenangkan.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang terapi ini, kami telah mengadakan lawatan ke UPSI. Seramai 45 orang guru pelatih termasuk kami yang terdiri dari 2 buah kelas yang mengambil subjek major Pendidikan Khas telah menyertai lawatan ini dan ditemani oleh seorang guru pembimbing iaitu Puan Hajah Satariah. Kami telah menggunakan 2 buah bas maktab dan kedatangan kami disambut baik oleh pihak UPSI.
Setibanya di sana, kami diberikan taklimat tentang terapi dan pendidikan khas yang terdapat di situ. Kami telah dibawa untuk melawat ke tempat Pendidikan Khas di situ, antaranya adalah bilik Snoezelen.
Bilik ini menyediakan pelbagai jenis ruang terapi seperti cermin, aroma, lampu yang berkelip, muzik, dan banyak lagi. Ruangan ini sangat selesa dan sesuai untuk digunakan oleh murid berkeperluan khas bagi menjalani terapi mereka.
Kami begitu seronok dan teruja sepanjang mengikuti lawatan ini. Ada di antara kami yang berasa sedikit berat hati untuk meninggalkan ruangan berkenaan kerana berasa seronok dan mampu merasai ketenangan sepanjang berada di ruangan tersebut. Sedangkan kami pun mempunyai rasa sedemikian apatah lagi murid berkeperluan khas ketika dibawa ke situ.

gelembung-gelembung warna bergerak di dalam tabung


warna lampu bertukar mengikut butang yang ditekan


adik-adik teruja bermain dengan wayar berlampu :)


pola wayar berlampu..tudya si kakak.... :)


Bagi penyediaan bilik ini memerlukan kos yang agak tinggi, jadi tidak hairanlah jika hasilnya begitu memeuaskan. Namun begitu, guru di sekolah juga boleh mewujudkan ssatu ruang bagi terapi ini. Tidak perlu kos yang banyak tetapi cukulah sekadar yang termampu. Contohnya ruang yang membolehkan murid mendengar muzik dengan tenang bagi memulihkan dan menyemai rasa keseronokan dalam diri mereka.
Kesimpulannya, lawatan ini banyak memberikan manfaat dan pengalaman, serta pengetahuan yang baru kepada kami terutamanya dalam terapi yang digunakan terhadap murid.

Friday, March 21, 2014

Amali Terapi Seni Mozek


Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai :

        ”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for further treatment”.

Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.

Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih untuk menghasilkan seni mozek bagi pengajaran Terapi Seni Visual. Mozek merupakan teknik menyusun dan menampal bahan-bahan berkeping atau berketul di atas permukaan kertas secara sebelah-menyebelah dan tidak bertindih-tindih mengikut corak yang dirancang. Sebagai contoh, murid-murid diarah menyusun kacang hijau, kacang hitam dan kacang merah untuk membentuk corak dan rekaan masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

Berikut merupakan bahan-bahan yang kami gunakan untuk menghasilkan seni mozek :



Gam


Gunting


Kertas warna


Kertas lukisan


Langkah-langkah membuat

Lukiskan lakaran gambar yang diinginkan, contohnya rama-rama atau burung pada kertas lukisan


Kemudian, gunting beberapa helaian kertas warna menjadi kepingan kecil



Setelah siap, lekatkan kepingan kertas warna satu persatu di atas lakaran pada kertas lukisan tadi


Pastikan tampalan pada lakaran tidak bertindih dengan satu sama lain




Gambar Separuh Siap 

Mozek Rama-rama


Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, kami telah berjaya membina sebuah blog bagi memenuhi tugasan projek PKU3109 iaitu Terapi dalam Pendidikan Khas. Berkat bimbingan pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Kamarul Bahrin bin Mohd Radzi dan usaha gigih kami, akhirnya blog bagi pendidikan khas ini terhasil juga. Banyak yang kami telah pelajari dan harungi sepanjang membina blog ini. Kami berharap agar segala perkongsian dan maklumat yang kami sampaikan dapat membantu dan menambahkan pengetahuan kepada pembaca. Semoga lebih ramai insan di sekeliling kita lebih peka dengan keperluan dan keutamaan bagi kanak-kanak istimewa ini..In Syaa Allah..

~Selamat Datang ke Blog Kami~
Salam Perkenalan (^_^)