Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan
sebagai :
”a form of therapy in which the making of
visual images in the presence of a qualified art therapist contributes toward externalization
of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The images may
have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the
patient and the therapist with a visible record of the session and give
indicators for further treatment”.
Terapi seni adalah
proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan
antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan
ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit
meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan
perkataan melalui seni terutama lukisan.
Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih
untuk menghasilkan seni mozek bagi pengajaran Terapi Seni Visual. Mozek merupakan teknik menyusun dan
menampal bahan-bahan berkeping atau berketul di atas permukaan kertas secara
sebelah-menyebelah dan tidak bertindih-tindih mengikut corak yang dirancang. Sebagai
contoh, murid-murid diarah menyusun kacang hijau, kacang hitam dan kacang merah
untuk membentuk corak dan rekaan masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
Berikut merupakan bahan-bahan
yang kami gunakan untuk menghasilkan seni mozek :
Gam
Gunting
Kertas warna
Kertas lukisan
Langkah-langkah
membuat
Lukiskan lakaran gambar yang diinginkan, contohnya rama-rama
atau burung pada kertas lukisan
Kemudian, gunting beberapa helaian kertas warna menjadi kepingan
kecil
Setelah siap, lekatkan kepingan kertas warna satu persatu di
atas lakaran pada kertas lukisan tadi
Pastikan tampalan pada lakaran tidak bertindih dengan satu sama
lain
Gambar Separuh Siap
Mozek Rama-rama
No comments:
Post a Comment