Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby
(2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan
menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:
- Mengurut.
- Manipulasi.
- Latihan teraputik
- Penyejukan dan pemanasan
- Terapi hidro.
- Ransangan menggunakan elektrik.
- Ransangan menggunakan cahaya.
Aktiviti Fisio untuk murid pendidikan khas
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh
diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah
masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya
ialah:
- Mengurut.
- Merenyuk.
- Mencubit.
- Menguli.
- Mengoyak.
- Menggentel.
- Menggunting.
- Mencabut.
- Menggenggam.
- Menggaru.
- Memicit.
Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
- Melambung
- Membaling
- Menyambut
- Menolak
- Menarik
- Melompat
- Menendang
- Memukul
- Berlari
- Berjalan
Latihan imbangan:
- Berdiri di atas kerusi
- Berjalan di atas tali
- Membawa buku di atas kepala
- Membawa bola ping pong dengan sudu
- Berdiri sebelah kaki
Latihan kordinasi:
- Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
- Memasukkan jarum ke dalam lubang manik
Masalah dalam perlaksanaan Terapi Fisio
1. Guru
- Kurang kepakaran
- Masa yang diperuntukkan kurang mencukupi
- Tidak mempunyai tempat yang sesuai
- Peralatan yang kurang
- Pihak pentadbiran kurang memberikan kerjasama dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas
2. Murid
- Memerlukan masa yang panjang mengikut keupayaan murid
- Tidak boleh dipaksa melakukan aktiviti di luar keupayaan
- Kurang hadir ke sekolah dan menyebabkan guru sukar menjalankan terapi
- Tidak memberikan kerjasama pada guru
- Mengalami gangguan emosi dan tingkah laku
- Mengalami masalah kesihatan
- Masalah kerencatan akal menyukarkan mereka memahami arahan
- Mengalami masalah perkembangan bahasa dan menyebabkan mereka tidak boleh memberikan tindak balas yang betul
3. Ibubapa
- Tidak memberikan kerjasama
- Tidak komited dalam usaha memulihkan anak
- Tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan keperluan terapi pada anak
- Tidak berminat dan tidak mahu mengikuti perkembangan anak
- Beranggapan bahawa anak berkeperluan khas tidak akan berubah sampai bila-bila
- Hanya bergantung pada hospital dan guru sahaja untuk menjalankan terapi
- Enggan mempelajari teknik terapi yang betul
- Masalah kewangan dan pendapatan yang rendah
Cadangan penambahbaikan
- Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai terapi.
- Pengetahuan dan kemahiran akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak mereka
- Kerjasama kedua-dua pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung segala kos perbelanjaan terapi di sekolah.
- Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan kreatif.
- Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan bekerjasama
- Guru perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam
- Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke sekolah dan berminat menjalankan sesi terapi
- Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan keperluan semua
No comments:
Post a Comment