Saturday, March 22, 2014

Lawatan UPSI Snoezelen

Terapi Snoezelen merupakan terapi yang dirancang khas untuk memberi rangsangan pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, warna, suara, muzik dan bau. Ruang terapi Snoezelen juga menyediakan suasana yang menyenangkan dan menenangkan.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang terapi ini, kami telah mengadakan lawatan ke UPSI. Seramai 45 orang guru pelatih termasuk kami yang terdiri dari 2 buah kelas yang mengambil subjek major Pendidikan Khas telah menyertai lawatan ini dan ditemani oleh seorang guru pembimbing iaitu Puan Hajah Satariah. Kami telah menggunakan 2 buah bas maktab dan kedatangan kami disambut baik oleh pihak UPSI.
Setibanya di sana, kami diberikan taklimat tentang terapi dan pendidikan khas yang terdapat di situ. Kami telah dibawa untuk melawat ke tempat Pendidikan Khas di situ, antaranya adalah bilik Snoezelen.
Bilik ini menyediakan pelbagai jenis ruang terapi seperti cermin, aroma, lampu yang berkelip, muzik, dan banyak lagi. Ruangan ini sangat selesa dan sesuai untuk digunakan oleh murid berkeperluan khas bagi menjalani terapi mereka.
Kami begitu seronok dan teruja sepanjang mengikuti lawatan ini. Ada di antara kami yang berasa sedikit berat hati untuk meninggalkan ruangan berkenaan kerana berasa seronok dan mampu merasai ketenangan sepanjang berada di ruangan tersebut. Sedangkan kami pun mempunyai rasa sedemikian apatah lagi murid berkeperluan khas ketika dibawa ke situ.

gelembung-gelembung warna bergerak di dalam tabung


warna lampu bertukar mengikut butang yang ditekan


adik-adik teruja bermain dengan wayar berlampu :)


pola wayar berlampu..tudya si kakak.... :)


Bagi penyediaan bilik ini memerlukan kos yang agak tinggi, jadi tidak hairanlah jika hasilnya begitu memeuaskan. Namun begitu, guru di sekolah juga boleh mewujudkan ssatu ruang bagi terapi ini. Tidak perlu kos yang banyak tetapi cukulah sekadar yang termampu. Contohnya ruang yang membolehkan murid mendengar muzik dengan tenang bagi memulihkan dan menyemai rasa keseronokan dalam diri mereka.
Kesimpulannya, lawatan ini banyak memberikan manfaat dan pengalaman, serta pengetahuan yang baru kepada kami terutamanya dalam terapi yang digunakan terhadap murid.

No comments:

Post a Comment