TERAPI HIDRO

Pemilihan program rekreasi renang / hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

Kepentingan hidroterapi
Hidroterapi   merupakan   suatu   bidang   yang    agak    luas   bertujuan    untuk mengembalikan,  memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual  kepada  keadaan  yang lebih  baik  atau  normal.   Antara   kepentingan hidroterapi ini ialah:
  • Menghilangkan tekanan.
  • Keupayaan berkomunikasi.
  • Simulasi sistem otak.
  • Bina keyakinan diri.
  • Kreativiti.
  • Kawalan diri.
  • Latihan ‘Social skill’.
  • Merangsang pertuturan.
  • Melatih sikap bekerjasama.
  • Meningkatkan kesabaran.
  • Pengamatan.
  • Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
  • Latihan daya kepimpinan.
  • Manipulasi tangan dan jari-jemari.
  • Daya konsentrasi.
  • Pembentukan ‘body image’.
  • Peningkatan ‘self-esteem.

Panduan keselamatan 
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan.     Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i). Ketidakupayaan fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang   dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan  kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air.  ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii). Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

Jenis-jenis kolam hidroterapi




Peralatan hidroterapi



No comments:

Post a Comment