Saturday, March 22, 2014

Amali Terapi Muzik dan Nyanyian

Sebagai bakal guru pendidikan khas, kita mestilah berusaha untuk menimba ilmu sebanyak mungkin supaya mampu mendidik murid apabila berada di sekolah kelak. Terapi muzik dan nyanyian sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid khas kerana mereka sangat menyukai aktiviti nyanyian terutamanya murid pada tahap satu.


Kumpulan kami telah menjalankan amali terapi muzik dan nyanyian ini dengan memilih tajuk lagu “tanya sama pokok” diiringi dengan peralatan yang diubahsuai iaitu botol mineral kosong dan botol yang diisi dengan kacang hijau. Bagi menghasilkan irama untuk mengiringi lagu, kami telah mengetuk botol mineral pada meja dan lantai kelas. Saiz botol yang berbeza menghasilkan bunyi yang pelbagai dan kami telah berlatih sehingga mampu mencapai bunyi ketukan botol yang harmoni dengan melodi lagu. 

Amali Terapi Pergerakan Kreatif

Terapi pergerakan kreatif merupakan salah satu terapi yang boleh diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk amali ini, kami telah memilih teknik simulasi dan watak dimana menggunakan konsep alam sekitar dalam pengajaran. Terapi ini kami selitkan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bertemakan alam sekitar dan tajuk pencemaran alam.


Aplikasi terapi ini dalam pengajaran sangat membantu guru dalam usaha untuk menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan kerana semua pancaindera murid digunakan dlaam satu masa yang sama. Murid bukan sahaja memahami isi pelajaran tetapi juga dalam masa yang sama pergerakan motor halus dan kasar mereka dapat ditingkatkan secara maksimum. 

Amali Terapi Hidro Renang

Aktiviti renang merupakan salah satu terapi hidro yang boleh diaplikasikan kepada murid pendidikan khas. Sebaik sahaja terdengar perkataan ‘AIR’, perkara paling utama yang perlu difikirkan oleh guru pendidikan khas ialah KESELAMATAN murid-murid pendidikan khas. Guru bertanggungjawab 100% keatas keselamatan murid sepanjang aktiviti renang dijalankan kerana seperti yang kita sedia maklum, murid khas ini masih ada yang tidak tahu mengurus keperluan asas mereka apatalah lagi keselamatan semasa berada dalam air. Bukan itu sahaja, faktor fizikal murid seperti spina bfida dan cereberal palsy menghadkan pergerakan mereka dalam air.

Bagi meluaskan lagi pengetahuan guru pelatih pendidikan khas unit K15 dan K16 berkaitan tentang terapi ini, satu amali terapi hidro telah dijalankan di kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh. Guru pelatih telah didedahkan tentang keselamatan, ansur maju pengajaran renang dan aplikasi permainan dalam kolam renang. Renang ini sebenarnya membantu murid untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan lebih yakin semasa berada dalam air. Murid juga boleh mengurangkan tekanan semasa berenang.


Riang ria chegu pendidikan khas =)

ceria itu sentiasa ada...oh yeahhh :)

bersuka ria bersama sahabat-sahabat menjalani amali :)

Lawatan Terapi Pusat Yayasan Sultan Azlan Syah

Pusat Yayasan Sultan Azlan Syah merupakan salah satu pusat rawatan bukan kerajaan (NGO) ynag menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakit secara percuma kepada semua peringkat umur. Kami berasa sangat bersyukur dan beruntung kerana mendapat peluang untuk melawat ke pusat rawatan terapi ini. Pelbagai rawatan terapi yang disediakan disini antaranya ialah terapi pertuturan, cara kerja, hidro serta fisioterapi.

Kebanyakan pesakit yang datang ke sini terdiri daripada golongan usia pertengahan dan kanak-kanak yang mengalami masalah kefungsian tubuh badan. Mengikut maklumat yang kami perolehi, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan biasanya yang pernah terlibat dengan kemalangan, strok dan kanak-kanak yang memang dilahirkan dengan masalah-masalah tertentu.

Pelbagai cara rawatan yang betul mengikut masalah yang dihadapi oleh pesakit telah kami pelajari sepanjang lawatan ke pusat ini. Anataranya ialah bagi pesakit yang mengalami masalah kelumpuhan pada anggota tangan, ahli terapi cara kerja akan merawat mereka dengan cara membaringkan pesakit pada katil khas dan mengarahkan pesakit mengangkat dan menurunkan tangan secara berulang-ulang mengikut masa yang telah ditetapkan. Pesakit yang lumpuh pada bahagian kaki pula dirawat dengan cara membawa pesakit berjalan pada petak-petak kayu khas dan kaki yang lumpuh akan ditekan semasa melangkah supaya berat badan pesakit jatuh kepada kaki tersebut. Mengikut ahli terapi yang merawat pesakit tujuan untuk membuat perkara tersebut adalah untuk membiasakan kaki yang lumpuh untuk bergerak semula.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah motor halus pula dirawat dengan cara menyepit penyepit kain pada batang kayu yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian masalah kanak-kanak tersebut. Terdapat juga peralatan lain yang disediakan untuk rawatan kanak-kanak seperti ini menyusun blok-blok kayu dan banyak lagi.

Pesakit yang mengalami masalah pertuturan atau komunikasi juga dirawat dipusat ini. Anatara cara rawatan yang berbeza dijalankan keatas pesakit megikut tahap masalah yang mereka hadapi. Terdapat satu peralatan khas yang digunakan oleh ahli terapi pertuturan untuk merawat klien yang menghadapi masalah bertutur terlalu lambat atau terlalau laju. Peralatan tersebut melatih klien bertutur mengikut jangka masa detik pada alat tersebut. Selain dari itu, peralatan seperti boneka dan alat-alat permainan juga digunakan untuk menggalakkan klien bertutur terutamanya golongan kanak-kanak.  

Semasa kami melawat di sana, terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang dirawat untuk mengembalikan kefungsian anggota kaki. Mengikut ahli fisioterapi yang merawat mereka, kanak-kanak tersebut menghadapi masalah tersebut disebabkan dibedah pada bahagian otak selepas disahkah mempunyai ketumbuhan. Kanak-kanak yang seorang lagi memang mempunyai masalah kefungsian anggota kaki sejak dilahirkan. Rawatan yang diberikna ialah mengayuah pada basikal yang telah diubahsuai mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Rawatan ini biasanya dijalankan secara berterusan dan mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pusat rawatan ini mengamalkan polisi melindungi hak pelanggan iaitu merashiakan maklumat peribadi setiap klien dan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar kecuali mendapat kebenaran dari ahli keluarga klien tersebut.


Inilah wajah penuh senyuman dari admin semasa lawatan ini =)

papan maklumat terapi


Tudya admin yang comel dan manis..hehe :)

Amali Terapi Bowling

Permainan bowling merupakan salah satu aktiviti yang boleh digunakan dalam konteks terapi main kepada murid pendidikan khas. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar serta koordinasi mata dan tangan murid bekeperluan khas. Guru pelatih pendidikan khas unit K15 dan k16 telah mengadakan amali permainan bowling ini bagi mendedahkan bakal-bakal guru tentang kebaikan permainan bowling kepada murid pendidikan khas.

Riang ria bakal guru pendidikan khas barsama mentor Encik Kamarul Bahrin dan Puan Satariah Kamis sepanjang aktiviti permainan bowling berlangsung.

Landasan bola bowling

Aktiviti pemanasan badan

Teammatess...:)


Kami dapat hadiah..yeyyyyy (^_^)