Bagi memenuhi
proforma kurus, kami telah diminta untuk membina satu bentuk permainan bagi
pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Ahli kumpulan kami yang terdiri
daripada Ahmad Faiz, Mohd Zulhilmi, Noor Zaineh, dan Noor Azila telah mengambil
kata sepakat untuk mencipta satu permainan yang sesuai untuk pengajaran subjek
matematik.
Permainan kami
diberi nama sebagai permainan Tiga Stesen. Dalam permainan ini, kami telah
memperuntukkan tiga jenis permainan yang berbeza iaitu di stesen yang pertama
diberi nama sebagai permainan “Teka Teki Gelas”. Dalam permainan ini, murid dikehendaki
meneka kedudukan gumpalan kertas yang berada di salah satu daripada cawan yang
disediakan. Permainan ini mampu menguji koordinasi mata dan daya ingatan murid.
Stesen 1 : Teka Teki Gelas
Stesen yang
seterusnya iaitu stesen “Memori Kad Bernombor”. Pada stesen ini, murid diminta
untuk memadankan kad nombor mengikut pasangan yang telah disediakan. Murid diminta
untuk menterbalikkan kad nombor dan mencari pasangan kad tersebut. Melalui permainan
ini juga, guru dapat melihat tahap ingatan dan pengetahuan murid.
Stesen 2 : Memori Kad Bernombor
Stesen yang terakhir
iaitu permainan “Tembak Saya”. Pemainan ini juga menguji koordinasi mata dan
tangan murid. Murid diminta menembak nombor pada papan yang disediakan. Soalan akan
diberikan mengikut nombor yang ditembak.
Stesen 3 : Tembak Saya
Kesimpulannya,
sebelum mencipta atau memilih sesuatu permainan guru hendaklah mengambil kira
keupayaan dan kebolehan murid yang diajar. Selain mendapat keseronokan, murid
juga dapat belajar pada waktu yang sama.
Mohon share, n halalkan Ilmu ini ya..
ReplyDeleteFacebook..Khairunnisa alias