Terapi pergerakan kreatif merupakan salah satu terapi yang boleh diselitkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk amali ini, kami telah memilih
teknik simulasi dan watak dimana menggunakan konsep alam sekitar dalam
pengajaran. Terapi ini kami selitkan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
bertemakan alam sekitar dan tajuk pencemaran alam.
Aplikasi terapi ini dalam pengajaran sangat membantu guru dalam usaha untuk
menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan kerana semua pancaindera
murid digunakan dlaam satu masa yang sama. Murid bukan sahaja memahami isi
pelajaran tetapi juga dalam masa yang sama pergerakan motor halus dan kasar
mereka dapat ditingkatkan secara maksimum.
No comments:
Post a Comment