TERAPI MUZIK & NYANYIAN

Terapi muzik dan nyanyian adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, sosial, estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial dan kualiti hidup.
          Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu murid pendidikan khas yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah laku. Selain itu, murid juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
          Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila terapi ini digunakan kepada murid khas.
          Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

Kebaikan terapi muzik dan nyanyian kepada murid bermasalah pembelajaran
Ø  Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Ø  Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.  
Ø  Meningkatkan kemahiran akedemik  
Ø  Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.   
Ø  Meningkatkan kemahiran bermuzik.  
Ø  Meningkatkan kemahiran berseronok. 

Kekurangan terapi muzik
Terapi muzik yang berkesan membolehkan murid khas yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membantu murid meredakan keadaan yang mereka alami.
          Walaubagaimana pun, terdapat kekurangan dalam terapi muzik dan nyanyian ini iaitu perbezaan individu murid yang mempunyai cita rasa muzik yang berbeza. Contohnya dalam satu kelas, terdapat murid menyukai irama dan melodi yang lembut dan ada yang menyukai muzik lantang. Perkara ini sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan berkemungkinan besar objektif tidak pengajaran tidak akan tercapai.
          Terapi  muzik juga tidak dapat menolong murid sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh murid.

2 comments: