Pusat Yayasan Sultan Azlan Syah merupakan salah satu pusat rawatan bukan
kerajaan (NGO) ynag menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakit secara
percuma kepada semua peringkat umur. Kami berasa sangat bersyukur dan beruntung
kerana mendapat peluang untuk melawat ke pusat rawatan terapi ini. Pelbagai
rawatan terapi yang disediakan disini antaranya ialah terapi pertuturan, cara
kerja, hidro serta fisioterapi.
Kebanyakan pesakit yang datang ke sini terdiri daripada
golongan usia pertengahan dan kanak-kanak yang mengalami masalah kefungsian tubuh
badan. Mengikut maklumat yang kami perolehi, pesakit yang datang untuk
mendapatkan rawatan biasanya yang pernah terlibat dengan kemalangan, strok dan
kanak-kanak yang memang dilahirkan dengan masalah-masalah tertentu.
Pelbagai cara rawatan yang betul mengikut masalah yang
dihadapi oleh pesakit telah kami pelajari sepanjang lawatan ke pusat ini.
Anataranya ialah bagi pesakit yang mengalami masalah kelumpuhan pada anggota
tangan, ahli terapi cara kerja akan merawat mereka dengan cara membaringkan
pesakit pada katil khas dan mengarahkan pesakit mengangkat dan menurunkan
tangan secara berulang-ulang mengikut masa yang telah ditetapkan. Pesakit yang
lumpuh pada bahagian kaki pula dirawat dengan cara membawa pesakit berjalan
pada petak-petak kayu khas dan kaki yang lumpuh akan ditekan semasa melangkah
supaya berat badan pesakit jatuh kepada kaki tersebut. Mengikut ahli terapi
yang merawat pesakit tujuan untuk membuat perkara tersebut adalah untuk
membiasakan kaki yang lumpuh untuk bergerak semula.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah motor halus pula
dirawat dengan cara menyepit penyepit kain pada batang kayu yang telah
diubahsuai mengikut kesesuaian masalah kanak-kanak tersebut. Terdapat juga
peralatan lain yang disediakan untuk rawatan kanak-kanak seperti ini menyusun
blok-blok kayu dan banyak lagi.
Pesakit yang mengalami masalah pertuturan atau komunikasi
juga dirawat dipusat ini. Anatara cara rawatan yang berbeza dijalankan keatas
pesakit megikut tahap masalah yang mereka hadapi. Terdapat satu peralatan khas
yang digunakan oleh ahli terapi pertuturan untuk merawat klien yang menghadapi
masalah bertutur terlalu lambat atau terlalau laju. Peralatan tersebut melatih
klien bertutur mengikut jangka masa detik pada alat tersebut. Selain dari itu,
peralatan seperti boneka dan alat-alat permainan juga digunakan untuk
menggalakkan klien bertutur terutamanya golongan kanak-kanak.
Semasa kami melawat di sana, terdapat dua orang
kanak-kanak yang sedang dirawat untuk mengembalikan kefungsian anggota kaki.
Mengikut ahli fisioterapi yang merawat mereka, kanak-kanak tersebut menghadapi
masalah tersebut disebabkan dibedah pada bahagian otak selepas disahkah
mempunyai ketumbuhan. Kanak-kanak yang seorang lagi memang mempunyai masalah
kefungsian anggota kaki sejak dilahirkan. Rawatan yang diberikna ialah
mengayuah pada basikal yang telah diubahsuai mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Rawatan ini biasanya dijalankan secara berterusan dan mesti
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pusat rawatan ini mengamalkan polisi melindungi hak
pelanggan iaitu merashiakan maklumat peribadi setiap klien dan dilarang sama
sekali untuk mengambil gambar kecuali mendapat kebenaran dari ahli keluarga
klien tersebut.
Inilah wajah penuh senyuman dari admin semasa lawatan ini =)
papan maklumat terapi
Tudya admin yang comel dan manis..hehe :)