TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan  melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

Kepentingan Terapi Pertuturan ialah:
  1. Murid menguasai kemahiran tertentu 
  2. Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa
  3. Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial.
  4. Meningkatkan tahap keupayaan murid
  5. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  6. Membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain
  7. Membantu meningkatkan kemahiran sosial
  8. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
Wisel

Bola ping pong

Straw

Peniup hari jadi

Lilin

Kertas

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. 

Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak bekeperluan khas. Alat-alat bantuan pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:

1. Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
2. Set kemahiran mendengar dan bertutur.
3. Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
4. Kad imbas berlamina.
5. CD clipart.
6. Kad imbas kaedah S.I.
7. Sticker pelbagai warna dan karektor.
8. Aktiviti kraf.
9. Hand puppet.
10. Finger puppet.
11. Perisian Dr Speech.
  • Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.

12. Perisian nasal view.
  • Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.

13. Five.
  • Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.

14. Echo Microphone.
  • Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan
i). Melakukan Latihan Senaman Muka
  • Lidah
  1. Gerakkan lidah ke atas
  2. Gerakkan lidah ke bawah
  3. Gerakkan lidah ke kanan
  4. Gerakkan lidah ke kiri
  • Mulut
  1. Buka mulut seluas mungkin
  2. Tutup mulut
  3. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
  4. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
  • Muka
  1. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
  2. Kunyah

ii). Kawalan pernafasan
  • Cara pernafasan menggunakan perut
  • Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
  • Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
  • Latihan hembus kertas
  • Hembus bola kertas ke arah gol
  • Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
  • Tiup buih-buih
  • Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
  • Tiup wisel mengikut rentak
  • Tiup belon mengikut tahap kesukaran

iii). Kawalan suara
  • Letak tangan di hadapan mulut
  • Letak belakang tangan di bahagian leher
  • Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

No comments:

Post a Comment