PENGENALAN


Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

 Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

            Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Terapi
  • Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah   pembelajaran secara menyeluruh.
  • Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk  murid yang bermasalah.
Keperluan Terapi
  • Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan
  • Merangsang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
  • Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.


Jenis-Jenis Terapi 
Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
  1. Terapi fisio dan terapi cara kerja.
  2.  Terapi seni.
  3. Terapi berkuda.
  4. Terapi pasir.
  5.  Terapi muzik dan nyayian.
  6.  Pergerakan kreatif dan drama.
  7. Terapi Hidro (Air)
  8. Terapi alternative
  9.  Terapi pertuturan

No comments:

Post a Comment