TERAPI PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek pergerakan kreatif
 i) Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
      Contoh pergerakan lokomotor ialah:
  • berjalan
  • melompat
  • merangkak

ii) Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. 
      Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah:
  • berlari setempat
  • melompat setempat
  • imbangan bangau

iii) Pergerakan manipulasi alatan
Pergerakan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. Kemahirna ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.
      Contoh pergerakan manipulasi alatan ialah:
  • melantun bola ambil berjalan
  • memusingkan gelung dengan tangan
  • skipping sambil berjalan

Tema pergerakan
  • Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas masalah pembelajaran iaitu:
Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif
  • Membantu murid pendidikan khas untuk meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka.
  • Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kepada murid khas untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi
  • Melalui pengalaman kinestatik yang diperolehi, murid khas akan memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Aktiviti yang boleh dilakukan dalam terapi pergerakan khas.
1.     Gimrama
2.     Tarian moden
3.     Tarian tradisional
4.     Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
5.     Tiru gaya haiwan atau tumbuhan bergerak

4 comments: