Saturday, March 22, 2014

Amali Terapi Main

Bagi memenuhi proforma kurus, kami telah diminta untuk membina satu bentuk permainan bagi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Ahmad Faiz, Mohd Zulhilmi, Noor Zaineh, dan Noor Azila telah mengambil kata sepakat untuk mencipta satu permainan yang sesuai untuk pengajaran subjek matematik.
Permainan kami diberi nama sebagai permainan Tiga Stesen. Dalam permainan ini, kami telah memperuntukkan tiga jenis permainan yang berbeza iaitu di stesen yang pertama diberi nama sebagai permainan “Teka Teki Gelas”. Dalam permainan ini, murid dikehendaki meneka kedudukan gumpalan kertas yang berada di salah satu daripada cawan yang disediakan. Permainan ini mampu menguji koordinasi mata dan daya ingatan murid.

Stesen 1 : Teka Teki Gelas

Stesen yang seterusnya iaitu stesen “Memori Kad Bernombor”. Pada stesen ini, murid diminta untuk memadankan kad nombor mengikut pasangan yang telah disediakan. Murid diminta untuk menterbalikkan kad nombor dan mencari pasangan kad tersebut. Melalui permainan ini juga, guru dapat melihat tahap ingatan dan pengetahuan murid.


Stesen 2 : Memori Kad Bernombor

Stesen yang terakhir iaitu permainan “Tembak Saya”. Pemainan ini juga menguji koordinasi mata dan tangan murid. Murid diminta menembak nombor pada papan yang disediakan. Soalan akan diberikan mengikut nombor yang ditembak.

Stesen 3 : Tembak Saya

Kesimpulannya, sebelum mencipta atau memilih sesuatu permainan guru hendaklah mengambil kira keupayaan dan kebolehan murid yang diajar. Selain mendapat keseronokan, murid juga dapat belajar pada waktu yang sama.

1 comment:

  1. Mohon share, n halalkan Ilmu ini ya..
    Facebook..Khairunnisa alias

    ReplyDelete