TERAPI CARA KERJA

Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinasikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup  seseorang. Ia tertumpu kepada memperbaiki kualiti hidup kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian ditempat kerja dan riadah.

Objektif terapi cara kerja ialah:
  1. Membolehkan murid pendidikan khas mengurus kehidupan seharian dengan baik
  2. Memulihkan anggota badan yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
  3. Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

Kepentingan terapi ini ialah:
  1. Membantu murid khas menguasai kemahiran motor halus dengan baik
  2. Meningkatkan kemampuan murid khas untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada.
  3. Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan keatas murid khas yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:
  1. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup
  2. Latihan pravokasional
  3. Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan
  4. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

Masalah yang dihadapi dalam terapi ini ialah:
i). Tidak mendengar arahan
  • Berlaku terutamanya pada murid autisme dan hiperaktif. Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang diperuntukkan.
  • Murid tidak faham arahan yang diberikan oleh guru 
ii). Emosi terganggu
  • Murid enggan melibatkan diri dan mudah asa dengan terapi yang diberikan
  • Murid menangis apabila diberikan tugasan
  • Bergantung pada persekitaran di rumah
iii). Kemudahan berbeza mengikut sekolah
  • Sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk terapi cara kerja
iv). Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
  • Murid enggan disentuhatau trauma apabila disentuh oleh orang yang tidak dikenali
  • Murid memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ahli terapi atau guru
  • Menjerit apabila disentuh
v). Berkhayal
  • Murid yang mempunyai masalah autisme biasanya akan berkhayal apabila diberikan tugasan dan lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.
Cara mengatasi masalah ialah:
i). Teknik arahan bermakna
  • Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan. Contohnya: arahan membasuh rambut, ajar murid memegang tuala dengan kuat kemudian timbulkan persoalan:kenapa ya?

ii). Masalah dalam sentuhan
  • Latih murid untuk berkongsi barang dengan menyediakan dua barang dan biasakan untuk bertukar-tukar barang dengan rakan yang lain.
  • Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan rakan yang lain.
  • Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya seperti lantai kasar dan lembut.

iii). Emosi terganggu
  • Tinggalkan aktiviti dengan murid bersendirian dan lakukan pemerhatian dari jauh.
  • Beri ganjaran sebaik terapi dijalankan oleh murid
  • Memaksa murid melakukan terapi tetapi mesti dilakukan secara berhemah peringkat demi peringkat. 
iv). Kemudahan perlu dipelbagaikan
  • Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu belajar, sebaliknya menggunakan kreativiti mencipta BBB
  • Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang patut dilaksanakan. 

Cara pelaksanaan terapi cara kerja
  1. Terapi cara kerja merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah dari aspek fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
  2.  Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
  3. Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  4. Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.

Contoh Terapi Cara Kerja





8 comments:

  1. boleh tak ajar macam mana terapi kerja untuk mengikat tali kasut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakakn kotak utk buat kasut. Labelkan lubang kasut dengan nombor utk pljr snnag ingt step, cnth Masuk lubng yg mna dulu

      Delete
  2. Kalau untuk pelajar yang xnak gosok gigi dan jaga kebersihan mcm mne nk ajar?

    ReplyDelete
  3. Kalau untuk pelajar yang xnak gosok gigi dan jaga kebersihan mcm mne nk ajar?

    ReplyDelete
  4. Kalau untuk pelajar yang xnak gosok gigi dan jaga kebersihan mcm mne nk ajar?

    ReplyDelete
  5. Salam..ada tak contact terapi cara kerja ke rumah?

    ReplyDelete
  6. Saya nak apa jenis-jenis terapi cara kerja yang sesuai untuk kanak-kanak bermasalah dalam nombor

    ReplyDelete