TERAPI FISIO

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:
  1. Mengurut.
  2. Manipulasi.
  3. Latihan teraputik
  4. Penyejukan dan pemanasan
  5. Terapi hidro.
  6. Ransangan menggunakan elektrik.
  7. Ransangan menggunakan cahaya.

Aktiviti Fisio untuk murid pendidikan khas
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
  • Mengurut.
  • Merenyuk.
  • Mencubit.
  • Menguli.
  • Mengoyak.
  • Menggentel.
  • Menggunting.
  • Mencabut.
  • Menggenggam.
  • Menggaru.
  • Memicit.
Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
  • Melambung
  • Membaling
  • Menyambut
  • Menolak
  • Menarik
  • Melompat
  • Menendang
  • Memukul
  • Berlari
  • Berjalan
Latihan imbangan:
  • Berdiri di atas kerusi
  • Berjalan di atas tali
  • Membawa buku di atas kepala
  • Membawa bola ping pong dengan sudu
  • Berdiri sebelah kaki
Latihan kordinasi:
  • Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
  • Memasukkan jarum ke dalam lubang manik

Masalah dalam perlaksanaan Terapi Fisio
1. Guru
  • Kurang kepakaran
  • Masa yang diperuntukkan kurang mencukupi
  • Tidak mempunyai tempat yang sesuai
  • Peralatan yang kurang
  • Pihak pentadbiran kurang memberikan kerjasama dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas

2. Murid
  • Memerlukan masa yang panjang mengikut keupayaan murid
  • Tidak boleh dipaksa melakukan aktiviti di luar keupayaan
  • Kurang hadir ke sekolah dan menyebabkan guru sukar menjalankan terapi
  • Tidak memberikan kerjasama pada guru
  • Mengalami gangguan emosi dan tingkah laku
  • Mengalami masalah kesihatan
  • Masalah kerencatan akal menyukarkan mereka memahami arahan
  • Mengalami masalah perkembangan bahasa dan menyebabkan mereka tidak boleh memberikan tindak balas yang betul

3. Ibubapa
  • Tidak memberikan kerjasama
  • Tidak komited dalam usaha memulihkan anak
  • Tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan keperluan terapi pada anak
  • Tidak berminat dan tidak mahu mengikuti perkembangan anak
  • Beranggapan bahawa anak berkeperluan khas tidak akan berubah sampai bila-bila
  • Hanya bergantung pada hospital dan guru sahaja untuk menjalankan terapi
  • Enggan mempelajari teknik terapi yang betul
  • Masalah kewangan dan pendapatan yang rendah

Cadangan penambahbaikan
  1. Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi  supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai terapi.
  2. Pengetahuan dan kemahiran akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak mereka
  3. Kerjasama kedua-dua pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung segala kos perbelanjaan terapi di sekolah.
  4. Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan kreatif.
  5. Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan bekerjasama 
  6. Guru perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam
  7.  Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke sekolah dan berminat menjalankan sesi terapi 
  8. Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan keperluan semua 

No comments:

Post a Comment