TERAPI ALTERNATIF (SNOEZELEN)

Snoezelen atau 'controlled multisensory stimulation' adalah terapi stimulasi multisensori yang digunakan sebagai terapi untuk murid pendidikan khas. Terapi ini dirancang khas untuk memberi rangsangan pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, warna, suara, muzik dan bau.

Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang menyenangkan dan menenangkan kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam terapi snoezelen ialah:
Ø  berbaring, bermain dan memeluk bantal
Ø  menikmati berayun di kursi gantung
Ø  mendengar muzik lembut sambil berkhayal
Ø  membuat suara-suara lucu dengan alat khusus yang disediakan
Ø  bermain dengan tangga atau cermin
Ø memperhatikan pola lampu warna-warni dan berkelap-kelip
Ømemperhatikan gelembung-gelembung warna bergerak-gerak di dalam tabung gelembung.
Ø  menyelam di dalam kolam mandi bola

Tujuan terapi Snoezelen.
Ø Pergerakan motor kasar dan halus
Ø Kognitif dan konsep asas
Ø Psikososial
Ø Kemhiran hidup dan vokasional

Masalah Pelaksanaan
Ø Kos kewangan yang tinggi
Ø Kesukaran untuk mendapatkan peralatan
Ø Kepakaran yang terhad
Ø Penyelenggaraan yang berjadual
Ø Memerlukan kawasan yang besar dan luas
Ø Memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa, guru dan murid
Ø Tidak dapat diaplikasikan di rumah

Cadangan penambahbaikan
Ø Sokongan dan kerjasama ibubapa dan pelbagai disiplin
Ø Mematuhi rutin dan jadual secara tetap
Ø Mendapatkan bantuan kewangan yang secukupnya
Ø Mempelajari kepakaran daripada pakar-pakar yang berkaitan
Ø Susun atur bilik ynag kondusif

No comments:

Post a Comment