TERAPI MAIN

Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan suatu cara bagaimana murid-murid khas mengenal dunia. Murid khas memerlukan belbagai variasi permainan untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Melalui aktiviti permainan,murid-murid istemewa dapat merangsang pertumbuhan otot-otot tubuh, mengembangkan keupayaan kognitif dan juga emosi mereka.

    Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Tujuan terapi main kepada murid pendidikan khas
Ø Mengurangkan masalah tingkah laku
Ø Meningkatkan komunikasi
Ø Mempu menilai diri sendiri
Ø Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 
Ø Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 
Ø Membolehkan melahirkan masalah 
Ø Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Ø Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak – kanak
Ø Mendorong kanak – kanak untuk lebih aktif
Ø Membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
Ø Mendapat sokongan emosi
Ø Belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
Ø Belajar mengurus perhubungan

Perbezaan terapi main dengan bermain ialah terapi main :
Ø Mempunyai objektif yang ditetapkan
Ø Mempunyai perancangan awal
Ø Mempunyai kawalan spesifik
Ø Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif
Ø Mengikut masa yang telah ditetapkanTerapi alternatif

Pelaksanaan aktiviti terapi main
i) Bilik terapi
Kelengkapan bilik terapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid pendidikan khas. Bilik terapi mestilah mempunyai kelengkapan seperti bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan bahan-bahan lain yang bersesuaian.

ii) Media mainan (kritirea)
Media mainan mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan murid khas dan merupakan satu peluang untuk menguji realiti murid-murid. Media mainan ini membantu murid-murid istemewa  dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Salah satu ciri media mainan ialah bahan mestilah mudah dimanipulasi oleh murid-murid.

iii) Kategori mainan
a)mainan mencirikan kehidupan sebenar
Ø set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
Ø set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

b)mainan bercirikan luahan perasaan agresif
Ø gari
Ø penukul
Ø peralatan militari
Ø topeng

c)mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
Ø crayon
Ø playdoh
Ø kad
Ø boneka bekas air

Masalah pelaksanaan terapi main
i). Guru
Ø kurang kepakaran
Øtidak mempunyai masa ynag mencukupi untuk menjalankan sesi terapi
Ø kurang kerjasama dan perhatian murid

ii). Murid
  Ø perbezaan individu
  Ø ganguan emosi dan tingkah laku
  Ø masalah kesihatan
  Ø kerencatan mental murid

iii). Ibubapa
Ø sikap ibubapa ynag kurang kesedaran dan pendedahan keperluan terapi untuk anak yang mengalami masalah pembelajaran.
Ø taraf ekonomi keluarga

Cadangan penambahbaikan.
  • Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi yang mempunyai kelengkapan yang cukup.
  • Sokongan dan pengorbanan dari ibi bapa untuk anak-anak mereka
  • Seminar atau kursus disediakan untuk guru akar pengetahuan dan kepakaran semakin meningkat terutamanya untuk kaedah pelaksanaan terapimain kepada murid.
  • Guru merancang aktiviti yang menarik dan merangsang minda murid khas
  • Guru hendaklah memastikan peraturan permainan tidak memerlukan pemikiran minda yang tinggi.

No comments:

Post a Comment