Saturday, March 22, 2014

Lawatan Terapi Pusat Yayasan Sultan Azlan Syah

Pusat Yayasan Sultan Azlan Syah merupakan salah satu pusat rawatan bukan kerajaan (NGO) ynag menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakit secara percuma kepada semua peringkat umur. Kami berasa sangat bersyukur dan beruntung kerana mendapat peluang untuk melawat ke pusat rawatan terapi ini. Pelbagai rawatan terapi yang disediakan disini antaranya ialah terapi pertuturan, cara kerja, hidro serta fisioterapi.

Kebanyakan pesakit yang datang ke sini terdiri daripada golongan usia pertengahan dan kanak-kanak yang mengalami masalah kefungsian tubuh badan. Mengikut maklumat yang kami perolehi, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan biasanya yang pernah terlibat dengan kemalangan, strok dan kanak-kanak yang memang dilahirkan dengan masalah-masalah tertentu.

Pelbagai cara rawatan yang betul mengikut masalah yang dihadapi oleh pesakit telah kami pelajari sepanjang lawatan ke pusat ini. Anataranya ialah bagi pesakit yang mengalami masalah kelumpuhan pada anggota tangan, ahli terapi cara kerja akan merawat mereka dengan cara membaringkan pesakit pada katil khas dan mengarahkan pesakit mengangkat dan menurunkan tangan secara berulang-ulang mengikut masa yang telah ditetapkan. Pesakit yang lumpuh pada bahagian kaki pula dirawat dengan cara membawa pesakit berjalan pada petak-petak kayu khas dan kaki yang lumpuh akan ditekan semasa melangkah supaya berat badan pesakit jatuh kepada kaki tersebut. Mengikut ahli terapi yang merawat pesakit tujuan untuk membuat perkara tersebut adalah untuk membiasakan kaki yang lumpuh untuk bergerak semula.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah motor halus pula dirawat dengan cara menyepit penyepit kain pada batang kayu yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian masalah kanak-kanak tersebut. Terdapat juga peralatan lain yang disediakan untuk rawatan kanak-kanak seperti ini menyusun blok-blok kayu dan banyak lagi.

Pesakit yang mengalami masalah pertuturan atau komunikasi juga dirawat dipusat ini. Anatara cara rawatan yang berbeza dijalankan keatas pesakit megikut tahap masalah yang mereka hadapi. Terdapat satu peralatan khas yang digunakan oleh ahli terapi pertuturan untuk merawat klien yang menghadapi masalah bertutur terlalu lambat atau terlalau laju. Peralatan tersebut melatih klien bertutur mengikut jangka masa detik pada alat tersebut. Selain dari itu, peralatan seperti boneka dan alat-alat permainan juga digunakan untuk menggalakkan klien bertutur terutamanya golongan kanak-kanak.  

Semasa kami melawat di sana, terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang dirawat untuk mengembalikan kefungsian anggota kaki. Mengikut ahli fisioterapi yang merawat mereka, kanak-kanak tersebut menghadapi masalah tersebut disebabkan dibedah pada bahagian otak selepas disahkah mempunyai ketumbuhan. Kanak-kanak yang seorang lagi memang mempunyai masalah kefungsian anggota kaki sejak dilahirkan. Rawatan yang diberikna ialah mengayuah pada basikal yang telah diubahsuai mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Rawatan ini biasanya dijalankan secara berterusan dan mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pusat rawatan ini mengamalkan polisi melindungi hak pelanggan iaitu merashiakan maklumat peribadi setiap klien dan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar kecuali mendapat kebenaran dari ahli keluarga klien tersebut.


Inilah wajah penuh senyuman dari admin semasa lawatan ini =)

papan maklumat terapi


Tudya admin yang comel dan manis..hehe :)

No comments:

Post a Comment